Aku anak sulung belajar d kolej dgn bantuan pinjaman yayasan dan bila Abis belajar tidak diiktiraf sijilnye.aku tidak menganggur lama, lebih kurang 2 minggu berehat d rumah aku terus terima tawaran sebagai guru tadika...lama gak aku ngajo tadika setahun setengah gak aku bertahan dgn gaji rm700.00 je...tiap2 bulan bg kat mak d kg rm200.00 kerana adik2 masih belajar...mungkin kerana aku ikhlas menolong mak walaupun gaji kecil tp aku mampu hidup di bandar JB ni.berkat namanya.tidak lama kemudian aku dpt temuduga sbg guru kerajaan negeri jd aku terus bekerja sbg guru gajinya pun tidak byk hanya rm780.00 sebulan.
Tahun 2003 aku berkahwin dgn seorang guru juga.suamiku seorang yg mempunyai wawasan.dia dah beli rumah semasa kami belum berkahwin.harga rumah teres setingkat RM 80 000.00 3 bilik dan 2 bilik air d bdr baru uda(bbu).rumah ini rumah 2nd hand dan byk kekurangannya.semasa tahun pertama perkahwinan mmg menguji kewangan kami dan kami awal dianugerahkan oleh Allah dgn cahaya mata cinta.perbelanjaan bulanan kdgkala cukup2 Mkn tp kami teruskan walaupun terpaksa berjimat.pada waktu itu kami sudah ad sebuah rumah dan sebuah kereta wira.kami teruskan hidup dengan gembira dan bahagia.tahun demi tahun gaji aku semakin naik dan naik.dan zuriat kami bertambah menjadi tiga.
Genap anak sulungku berumur 7 tahun hutang kereta kami selesai.suamiku memang seorang yg berjimat dan kadangkala kedekut kerana dia sentiasa menghargai duit yg diperolehi kerana bukan mudah utk mengumpul duit tp menghabiskannya mudah.Aku yg agak boros tetapi dah 12 tahun hidup bersama aku pun dah bertukar sikap...tidak suka boros lg.
Seterusnya pada tahun 2012 kami bercadang untuk membeli rumah kedua.rumah kedua ini rumah baru tidak seperti rumah yg pertama rumah 2nd hand dan dah byk rosak.pengalaman rumah pertama itu tak dpt aku lupakan..dgn bilik airnya..bocor ye..mcm2 lglah.jd rumah kedua ni aku nak pilih betul2.tp bila diikutkan harga rumah kat Johor ni makin lama makin mahal n tak masuk akal.kami survey hampir setahun jg utk beli rumah kedua.dan akhirnya rumah yg aku nak ,suami setuju beli.harganya rm318 000.00.suamiku guna loan gomen tp buat pinjaman rm280 000.00 aje jd kami kn tambah rm38 000.00 mana nak cekau ni.buat loan bank Islam .settle satu masalah.loan bank Islam suamiku pun dah selesai sekarang.
Tahun 2015 kami pindah rumah baru dan bayaran pun dah gaji suami aku pun dah kn potong so..aku plak kn berkorban utk buat loan beli kereta Krn wira kami dah mcm penyakit.risau jika pergi jauh.aku buat pinjaman beli kereta wish..kenap aku pilih wish?sbb MPv luas sikit nak ltk brg n anak2 dah besar2. Serta selesa sedikit.
Apa salahnya kami nak selesa....sebenarnya kdgkala penat juga berjimat tp aku serah kat suami bab duit ni dia ad perancangan yg aku tak jangka tp hasilnya tip top itu lah suami aku yg tersayang.pada umur kami 39 tahun kami sudah ad 2 buah rumah 2 buah kereta 2 ekar tanah sebuah motosikal dan 3 orang anak perempuan.aku dah bersyukur sgt atas kurniaan Allah ini..cuma harapan aku ialah ingin ke tanah suci mekah utk mengerjakan haji.harta dunia sudah ad yg penting harta n bekalan ke akhirat yg belum sempurna.semoga Allah memakbulkan harapan ku ini.amin.
Inilah rumah kedua kami
No comments:
Post a Comment